Monday 8 December 2014

"Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan"
      Jika diberi peluang , semua pelajar mahu menjadi cemerlang. Jika diberi peluang , semua pelajar mahu berjaya dalam hidup . Namun , anda perlu ingat bahawa , jika anda tidak faham konsep di atas , anda akan jadi tidak sabar untuk mengecap sesuatu yang menyeronokkan . Benar , kejayaan adalah menyeronokkan , tetapi bolehkah anda bersabar dan berusaha untuk mengecapinya ?
       Pelajar yang gagal biasanya tidak sabar untuk mengecapi sesuatu yang menyeronokkan . Lambat sangat nak tunggu seronok dapat keputusan cemerlang, penat pulak tu kena belajar . Jadi , macam mana nak seronok cepat ? –> Melepak…seronok cepat….. ponteng sekolah…seronok cepat……. ikut kawan hisap rokok…seronok cepat…… main-main dalam kelas…seronok cepat…..
    Malangnya , apa yang cepat menyeronokkan ini selalunya akan menjadi sesuatu yang sangat-sangat menyakitkan dalam jangka masa panjang…..

No comments:

Post a Comment