Sunday 7 December 2014

1. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat  
  ..       .....................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
    A jalan keluar 
    B jalan belakang
    C jalan pintas
    D jalan tengah

2. Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia .............................. untuk menyiapkan kerja    
    sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
    A mengambil peluang
    B mengambil langkah
    C mengambil berkat
     D mengambil masa

3. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................sehingga
         dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
    A gelap mata
   B putih mata
   C rambang mata
   D rabun mata

4. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran
         yang sedang diajar.
   A terang hati
   B sampai hati
   C cekal hati
   D ada hati

5.Rahman merupakan........................pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya
         dituruti.
A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat

6.Sahabat yang baik tidak patut................................kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
    A membuka tembelang
    B membuka langkah
    C membuka mulut
    D membuka mata

7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut........................, nanti kita juga yang
akan menyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin

8.Mat Deris begitu…………………... menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama
   terbiar.
   A ada hati
   B cekal hati
   C kecil hati
   D rendah hati

9.Sejak peristiwa itu Puan Salwa untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan  
    bola sepak.
    A. jauh hati
    B. kecil hati
    C. berat hati
    D. patah hati

10. En. Hamidon seorang yang……………………...Beliau sentiasa menghormati dan
            melayani pekerja-pekerjanya.
A. rendah diri
B. mata duitan
C. pilih kasih
D. hidung tinggi

11. Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
A. berhati batu
B.mengadu nasib
C.bertikam lidah
D.kecil hati

12. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A.cepat tangan
B.bekas tangan
C. tangan sejuk
D. tangan terbuka

13. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat
            ........................................
A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata

14. Kawan-kawan sekalian, kita mestilah...........................................dengan kejayaan      
       mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A. ambil hati
B. cekal hati
C. iri hati
D. besar hati

15. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita 
      akan dapat  .......................................
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib

16. Urusan ......................... kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar  
      Baru.
A.campur tangan
B.guna tenaga
C.temujanji
D. jual beli

17. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati
B. naik harga
C. jual mahal
D. harga tetap

18. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan 
      peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A.panjang akal
B. panjang lebar
C. panjang lidah
D. panjang bicara

19. Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual-bual dengan tidak menentu  
      dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar 
B. khabar angin
C. omong kosong
D. mengado domba

20. Pakcik Ismail tidak akan mendengar  walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana  
      dia ………………………
A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak

No comments:

Post a Comment