Monday 8 December 2014
Sunday 7 December 2014
1. Walaupun
telah berunding selama lima jam, mereka masih belum
mendapat
.. .....................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
.. .....................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A jalan keluar
B jalan belakang
C jalan pintas
D jalan tengah
2. Oleh
kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ..............................
untuk menyiapkan kerja
sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A mengambil peluang
B mengambil langkah
C mengambil berkat
D mengambil masa
3. Kecantikan
corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu
.................sehingga
dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D rabun mata
4. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang
lama untuk memahami pelajaran
yang sedang diajar.
yang sedang diajar.
A terang hati
B sampai hati
C cekal hati
D ada hati
5.Rahman
merupakan........................pasukan Harimau. Tidak hairanlah
segala kemahuannya
dituruti.
dituruti.
A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat
6.Sahabat
yang baik tidak patut................................kawan di hadapan
rakan-rakan yang lain.
A membuka tembelang
B membuka langkah
C membuka mulut
D membuka mata
7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut........................, nanti kita juga yang
akan menyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin
8.Mat
Deris begitu…………………... menanam pokok buah-buahan di sawah yang
telah lama
terbiar.
terbiar.
A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D rendah hati
9.Sejak
peristiwa itu Puan Salwa untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan
bola sepak.
A. jauh hati
B. kecil hati
C. berat hati
D. patah hati
10. En. Hamidon
seorang yang……………………...Beliau sentiasa menghormati dan
melayani pekerja-pekerjanya.
A. rendah diri
B. mata duitan
C. pilih kasih
D. hidung tinggi
11. Pemuda teksi itu
tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
A. berhati batu
B.mengadu nasib
C.bertikam lidah
D.kecil hati
12. Tetamu yang baru
dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A.cepat tangan
B.bekas tangan
C. tangan sejuk
D. tangan terbuka
13. Tuan doktor, kami
berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat
........................................
A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata
14. Kawan-kawan
sekalian, kita mestilah...........................................dengan
kejayaan
mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A. ambil hati
B. cekal hati
C. iri hati
D. besar hati
15. Puan Eda baharu
pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita
akan dapat .......................................
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib
16. Urusan
......................... kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat
Sinar
Baru.
A.campur tangan
B.guna tenaga
C.temujanji
D. jual beli
17. Bencana alam yang
melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati
B. naik harga
C. jual mahal
D. harga tetap
18. Semasa taklimat
kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan
peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A.panjang akal
B. panjang lebar
C. panjang lidah
D. panjang bicara
19.
Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual-bual dengan tidak menentu
dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar
B. khabar angin
C. omong kosong
D. mengado domba
20. Pakcik
Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana
dia ………………………
A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak
Simpulan Bahasa
|
Maksudnya
|
ada angin
|
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
|
ada hati
|
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk
melakukan atau memiliki sesuatu
|
air muka
|
rupa atau wajah seseorang
|
ajak-ajak ayam
|
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa
seseorang
|
ada bakat
|
mempunyai tokoh atau perwatakan
|
alas perut
|
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum
memakan makanan yang mengenyangkan
|
anak angkat
|
anak orang lain yang dipelihara sebagai anak
sendiri
|
anak bapa
|
anak yang disayangi oleh bapa
|
anak buah
|
orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak
saudara
|
anak emas
|
anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
|
angkat kaki
|
meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
|
atas angin
|
negara-negara di sebelah barat
|
atas pagar
|
tidak menyebelahi mana-mana pihak
|
ayam tambatan
|
orang yang menjadi harapan dalam sesuatu
pertandingan
|
bahasa pasar
|
bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
|
banyak mulut
|
orang yang banyak bercakap
|
batu api
|
orang yang suka menghasut
|
batu loncatan
|
sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan
sesuatu yang dihajati
|
bau-bau bacang
|
tali persaudaraan yang jauh
|
bawah angin
|
negara-negara di sebelah timur
|
bekas tangan
|
hasil kerja tangan seseorang
|
beralih akal
|
berubah fikiran atau pendapat
|
beralih angin
|
pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
|
berat hati
|
enggan; malas
|
berat mulut
|
pendiam atau tidak suka bercakap banyak
|
berat tulang
|
orang yang malas bekerja
|
berat sebelah
|
tidak berlaku adil
|
berbelah bagi
|
sukar untuk membuat keputusan
|
berhati batu
|
degil dan sukar menerima nasihat
|
berhutang budi
|
patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan
juga
|
bermuka dua
|
tidak jujur
|
bertikam lidah
|
bertengkar; berdebat
|
besar hati
|
bergembira atau berbangga akan sesuatu
|
besar kepala
|
degil; sukar menerima pandangan orang lain
|
buah hati
|
orang yang dikasihi atau dipuja
|
buah mulut
|
sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
|
bush tangan
|
hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
|
bulat hat!
|
bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah
nekad
|
buruk siku
|
mengambil balik sesuatu yang telah diberikan
kepada orang lain
|
buta hati
|
tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
|
cahaya mata
|
anak
|
cakar ayam
|
tulisan yang buruk
|
campur tangan
|
turut serta atau mencampuri urusan orang lain
|
cari jalan
|
berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
|
epat tangan
|
suka mencuri
|
dalam tangan
|
sudah pasti akan diperoleh
|
darah daging
|
anak kandung
|
durian runtuh
|
keuntungan yang diperoleh dengan tidak
disangka-sangka
|
gaji buta
|
mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau
bekerja bersungguh-sungguh
|
gelap mata
|
hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang
atau harta
|
harga diri
|
maruah atau kehormatan seseorang
|
harga mati
|
harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
|
hati batu
|
degil atau keras hati
|
hidung tinggi
|
sombong atau tinggi diri
|
hilang akal
|
tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang
pertimbangan diri
|
ikat perut
|
menahan lapar kerana berjimat
|
iri hati
|
menyimpan perasaan dengki atau cemburu
|
isi hati
|
perasaan dalam hati
|
jalan buntu
|
tidak ada jalan penyelesaian
|
kacang hantu
|
orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
|
kaki ayam
|
tidak berkasut atau berselipar
|
kaki bangku
|
tidak berkebolehan bermain bola
|
kaki botol
|
suka minum minuman keras
|
kecil hati
|
berasa tersinggung atau merajuk
|
kepala angin
|
perangai yang tidak menentu
|
kepala batu
|
degil dan tidak mendengar nasihat
|
kera sumbang
|
orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
|
khabar angin
|
berita yang belum tentu benarnya
|
langkah kanan
|
bernasib baik
|
langkah seribu
|
cepat-cepat lari kerana ketakutan
|
lidah bercabang
|
kata-kata yang tidak dapat dipercayai
|
lipas kudung
|
cepat membuat kerja
|
lintah darat
|
mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang
diberikan
|
makan angin
|
bersiar-siar untuk berehat
|
makan suap
|
menerima rasuah
|
malu-malu kucing
|
berpura-Aura malu di hadapan orang
|
mandi peluh
|
bekerja kuat
|
mati katak
|
mati dengan sia-sia
|
membabi buta
|
melakukan sesuatu tanpa berfikir
|
membawa diri
|
tahu menjaga diri
|
membuka jalan
|
memberi laluan kepada orang lain
|
membuka tembelang
|
menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
|
memeras otak
|
terlalu kuat berfikir atau belajar
|
menarik diri
|
tidak turut serta; meletak jawatan
|
mencari jalan
|
berusaha untuk melakukan sesuatu
|
mencuci mata
|
gembira memperhatikan sesuatu yang indah
|
mencuit hati
|
lucu; menggelikan hati
|
mengabui mata
|
cuba memperdaya; menipu
|
mengadu domba
|
memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan
dan sebagainya
|
mengambil angin
|
bersiar-siar untuk berehat
|
mengambil berat
|
memberi sepenuh perhatian
|
mengambil hati
|
dapat memikat atau mempengaruhi
|
mengasah bakat
|
latihan untuk mengembangkan bakat
|
muka tembok
|
tidak berasa malu
|
mulut murai
|
kuat bercakap atau berbuat bising
|
mulut tempayan
|
tidak dapat menyimpan rahsia
|
murah hati
|
suka bederma; tidak kedekut
|
naik angin
|
terlalu marah
|
nyawa-nyawa ikan
|
hampir-hampir mati
|
orang atasan
|
orang yang berpangkat tinggi
|
otak cair
|
pintar atau bijak
|
otak kering
|
kurang siuman
|
otak udang
|
bebal atau bodoh
|
paku belanda
|
barangan yang tetap harganya
|
panas hati
|
meradang atau marah
|
panjang tangan
|
suka mencuri
|
pasang telinga
|
mendengar dengan teliti
|
pekak badak
|
kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar
bunyi yang kuat
|
pembasuh mulut
|
makanan atau minuman yang dihidangkan selepas
makan nasi
|
perang mulut
|
pertengkaran
|
pilih kasih
|
memberi layanan yang lebih kepada orang yang
disukai
|
pisau cukur
|
perempuan yang suka menghabiskan harta benda
lelaki
|
puteri lilin
|
tidak tahan terkena panas matahari
|
putih hati
|
ikhlas; jujur
|
putih mata
|
mengalami kekecewaan
|
rabun ayam
|
penglihatan yang kurang jelas
|
rambang mata
|
sukar membuat pilihan
|
ringan tangan
|
suka membuat kerja: menolong orang
|
sampai hati
|
tergamak melakukan sesuatu kerja
|
serkap jarang
|
membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul
periksa
|
tangan terbuka
|
menyambut sesuatu dengan senang hati
|
tangkai jering
|
orang yang kedekut
|
tawar hati
|
tidak mempunyai minat lagi
|
tebal muka
|
tidak tahu malu
|
telinga kuali
|
tahan hati menerima kemarahan
|
telinga lintah
|
tajam pendengaran
|
telinga nipis
|
cepat marah atau meradang
|
terang hati
|
mudah memahami sesuatu
|
tidur-tidur ayam
|
tidur yang tidak nyenyak
|
tin kosong
|
bercakap besar tanpa ilmu
|
titik peluh
|
hasil usaha yang bersungguh-sungguh
|
Tuesday 2 December 2014
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan.
Contoh : 1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
Ada angin :
(a) Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
Anak buah :
(a) Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti penghulu.
(b) Anak saudara.
Contoh 2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.
a ) Muka talam; Muka tebal; Muka tembok
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
b ) Tua keladi; Tua kutuk; Tua lengkuas
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
Bentuk atau Ciri Simpulan Bahasa
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.
Contoh: Anak buah; Buah tangan; Lipas kudung. Kata Nama Am: anak, buah dan lipas
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.
Contoh: Ajak-ajak ayam; Buat bodoh; Pasang telinga. Kata Kerja: ajak, buat dan pasang
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjekif.
Contoh: Besar kepala; Bodoh sepat; Kecil hati. Kata Adjektif: besar, bodoh dan kecil
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas.
Contoh: Abu Jahal; Mat Jenin; Pak Kaduk. Kata Nama Khas: semua di atas
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan.
Contoh: Air pinang; Batu buyung; Makan bulan. Nilai kepercayaan: semua di atas berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
Contoh : 1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
Ada angin :
(a) Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
Anak buah :
(a) Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti penghulu.
(b) Anak saudara.
Contoh 2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.
a ) Muka talam; Muka tebal; Muka tembok
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
b ) Tua keladi; Tua kutuk; Tua lengkuas
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
Bentuk atau Ciri Simpulan Bahasa
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.
Contoh: Anak buah; Buah tangan; Lipas kudung. Kata Nama Am: anak, buah dan lipas
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.
Contoh: Ajak-ajak ayam; Buat bodoh; Pasang telinga. Kata Kerja: ajak, buat dan pasang
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjekif.
Contoh: Besar kepala; Bodoh sepat; Kecil hati. Kata Adjektif: besar, bodoh dan kecil
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas.
Contoh: Abu Jahal; Mat Jenin; Pak Kaduk. Kata Nama Khas: semua di atas
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan.
Contoh: Air pinang; Batu buyung; Makan bulan. Nilai kepercayaan: semua di atas berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)